| Follow || Dashboard |
Photobucket
//Syafa Syafiera Suhaimie
SYURGA atau NERAKA??
Thursday, September 27, 2012 | 11:12 PM | 0 Tekan Untuk Komen ♥
asalamualaikum pembaca. sihat? alhamdulilah.
malam ni terasa insaf lagi, dan hati aku ni semakin terbuka untuk dekat padaNya. manusia, orang takkan sangka kita boleh berubah secepat ini. bagi orang yang masih berfikiran ke bawah, dia mesti fikir, perubahan pada diri aku sekadar nak menunjuk-nunjuk. masha-Allah. dan bagi orang yang bijaksana, bila nampak perubahan aku, akan mengatakan "alhamdulilah".

dah, harini nak berkongsi serba sedikit mengenai tajuk entri aku kali ini. Syurga atau Neraka.
sebagai umat Islam, sudah tentu kita memilih syurga kan?
sebab, syurga itu kekal abadi. syurga indah. dunia cuma sementara. sementara. FANA. tapi, persoalannya, layakkah kita masuk dalam syurga Allah? hanya orang yang bertuah saja boleh masuk sana, tahu? jika diberi peluang, nak sangat mencium bau syurga. ya Allah. hanya Tuhan saja tahu. tapi, layakkah orang seperti aku ni? aku hanya mampu berserah kepada Allah. betapa lalainya aku selama ni.

kalau aku cermin diri aku, memang aku ni.. "lupa jalan". aku manusia yang tidak sempurna kan. pasti ada kesilapan di mana-mana kan. yalah, kita sering lalai. aku anggap perkara tu remeh. tapi, setelah aku fikir-fikir, bila lagi nak berubah? tunggu mati? sempat ka? nda sempat. mati itu ada di mana-mana. sedangkan orang yang sedang tidur pun boleh meninggal. apalagi kita yang masih bernafas di muka bumi ini. hmm. tak insaf insaf lagi ka. kita tak tahu bila nyawa kita kena cabut kan? manatau sekarang ni? bisok? lusa? minggu depan? ya Allah takutnya aku. sebab ibadat aku belum cukup, aku sedar. :')

Allah menjanjikan kita sesuatu, antaranya ada tercatit pada ayat yang ke-22 dalam surag Ar-Rad, iaitu:



"Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik."

so nak tunggu apa lagi? dirikan solat jom? bukan susah sebenarnya. lagi susah bila kita duduk sambil tengok Nada Cinta, tidakkah jiwa kacau tuh? sedangkan bila kita dirikan solat, masha ALLAH, pahala tu. boleh masuk syurga jika cukup syarat. nanti tiba-tiba bisok kita MATI, solat pun kita tidak sempat. *taubat taubat*

segala suruhan Allah tu sebenarnya bukan susah. cuma aku ja yang terhegeh-hegeh mengejar duniawi. tidak solat, tidak bertudung, tidak baca al-Quran dan sama erti dengannya. sedangkan aku sudah tahu hukum membuka aurat di depan bukan muhrim adalah haram. tapi kenapa aku tidak sedar sebelum ini? dan lagi satu, bila ada orang cakap, 'YANG BERTUDUNG TU TAK SEMESTINYA BAIK, DAN TIDAK BERTUDUNG TU TAK SEMESTINYA JAHAT' apakah jadah aku pigi sokong statement ini SEBELUM ini !! memang, masa aku tak bertudung, aku mengaku aku tak rasa diri aku jahat, sebab aku tak buat benda jahat. kan?? dan, ada orang tidak bertudung, tapi mendirikan solat. dan ada yang bertudung tapi tidak mendirikan solat. dan sekarang aku rasa cara pemikiran aku tu salah, sebenarnya yang tidak bertudung tu lah jahat. kenapa aku kata jahat? sebab sblm ni aku membelakangi Allah, Allah suruh tutup aurat aku tak tutup. tidakkah jahat namanya tu?? Allah suruh solat, aku tak solat, masih nak mengaku baik???? sedarlah wahai wanita di luar sana. harap dapat pengajaran dari cerita aku. aku hanya hamba Allah yang mampu berkongsi cerita utk dijadikan pengajaran kepada yang lain. dan kini aku sedar, kalau kita menampakkan rambut yakni aurat kita, betapa tersiksa nya bapa/ suami kita menanggung dosa kita. bagi bapa2 yang sudah meninggal dunia, tersiksanya dia di kubur kerana anaknya masih mendedahkan auratnya. masha Allah. aku dah tau pasal ni, tapi entah kenapa bila orang tanya aku, bila nak bertudung, aku akan jawap "hati belum terbuka". betapa silapnya aku selama ni.

aku ada terbaca dari someone punya blog, yang boleh memberi sedikit kesedaran pasal hal ni. maaf yah tuan punya artikel, saya nak kongsi sikit ilmu anda kat sini :)


1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.
2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”
3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.
4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?
5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. 
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?
8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.
12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

dan aku sangat suka pada ayat nombor 3, kerana ia memang bersangkut paut dengan aku. aku mention sekali lagi:

Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
"Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang."

yalah, aku pun bukan baik sangat. cuma hanya nak cari keredhaan Allah, selagi masih mampu berkongsi, aku kongsi. semua manusia pasti melakukan kesilapan, bukan?? kita hidup kena ingat-mengingati walaupun diri kita tak berapa bagus, atleast kita dah berusaha untuk berubah. dan aku sangat berminat mendalami ilmu Islam sedalam-dalamnya lagi. yalah, ilmu pengetahuan aku belum mencukupi, ada hati nak kongsi dgn orang. maafkan hamba, hamba sekadar menceritakan diri hamba ini.

TAPI, kalau dah pakai tudung, kenapa tak solat? hah. banyak orang macam tu. mungkin dia sekadar nak menutup rambutnya kan? takkkkk sebenarnya. itu hak masing-masing :) dia mungkin ada alasan dia untuk berhijab, tapi yang pasti, harus kerana Allah. dan, insaflah. dirikan solat, kerana solat tiang agama. tak  solat, takda agama. tak begitu??
bukan pakai hijab ja, tapi tutup aurat. dengan sempurna. kita buat sama- sama k? kita kan x perfect, kita cuba tutup aurat dengan baik k??

dan sekarang aku terkeluar dari tajuk utama. hahahaha. ya Allah, apa aku merepek ni. k lahh, nanti nak kongsi ttg syurga dan neraka sebetulnyaa, sebab aku kena banyakkan bacaan dlu. baru boleh kongsi. nway, jgn ada rasa annoying dgn pkongsian aku kali ni k?? kita sama sama islam kan, yang kurang kita baiki, yang terlebih kita pertimbangkan. insha Allah pintu hati kita sentiasa terbuka untuk bertaubat kepadaNya. aku nak jadi kekasih Allah. boleh? insha ALLAH. alhamdulilah.
kata kata terakhir dari aku malam ni, jangan lah kita berbusuk hati bila melihat cerita macam aku ni. aku bukan nak tunjuk aku baik, tapi aku nak tunjuk, orang macam aku pun boleh berubah dan dalam usaha memperbaiki diri ini, tak macam orang lain fikir. macam lagu blog aku ni. hihik.
mudah-mudahan ajal kita masih jauh kan? supaya kita masih boleh dan terus beribadat dan meminta keampunannya agar dijauhkan dari ajal, hari kiamat, siksaan kubur dan neraka. sama sama kita memperbaiki diri okay? asalamualaikum. :)



Older PostNewer Post
♥ Disclaimer ♥

IMG-20121121-02207
Updates.
sedang bingung mencari kerja :’(

Assalamualaikum!
Buat baik di sini okay.
Camne nak kontek sy erk?
tekan je d bawah ini.

mukabuku | tweet saya | no hf



SILA TEKAN.terima kasih :)

SINGLE IS NOT FOREVER ALONE. ALLAH ALWAYS HERE IN MY HEART. :)



♥ Tagboard ♥



♥ Stalker♥




♥ thanks ♥