| Follow || Dashboard |
Photobucket
//Syafa Syafiera Suhaimie
asalamualaikum WBT
Wednesday, September 26, 2012 | 11:12 AM | 2 Tekan Untuk Komen ♥
ya Allah, sudah berbulan aku delete belog ni. terasa macam sepi ja tiada khabar berita.
kini, aku kembali. kembalinya aku ke sini atas satu sebab, untuk mencari keredhaan Allah dalam menyebarkan ilmu agama. dan, aku baru tukar url aku. dan aku harap aku nak mulakan hidup aku dengan url sekarang. aku tak kisah kalau kehilangan followers. sebab, itu tidak penting bagi aku. dunia ini hanya sementara kan?? followers tak menentukan kita boleh mencium bau syurga bila kita di dalam kubur nanti. Masha-Allah.

dan, cerita aku akan aku mulakan lepas entri yang pertama ni. anyway, aku dah delete post-post sebelum ini, kerana ia banyak bersangkut-paut dengan kisah lama aku yang aku tidak ingin ulang mahupun ingat kembali. sudah cukup untuk aku hadapi selama ini. ya Allah, berdosa nya aku selama ini kerana tidak pernah mengingatimu kerana sibuk mengejar cinta yang tidak abadi.

aku mengaku, dulu aku sangat sibuk mengejar CINTA. whats? cinta? yaii. itu bukan cinta, itu SIKSA. yalah, boyfriend pertama aku, masa aku form 3 tahun 2007. hanya beberapa bulan, dah putus. tapi?? aku hanya mengingat Allah semasa susahku. tepat 29 Nov 2007 yang merupakan tarikh lahir aku, seorang hamba Allah ini dihadirkan dalam hidupku. dan mula mencorakkan hidup remaja ku. boyfriend kan. kami mulakan hari kami sebagai couple sehingga lah awal tahun 2012. lama kan? ya Allah itu bukan jodohku maybe. sebab itu kami terpaksa berpisah. dan, awal bulan Mac, hamba Allah yang seorang lagi mengisi hatiku. ketika itu aku terlalu lalai sehingga tanggungjawab aku kepada perintah Allah, dilupakan. hamba bertaubat ya Allah. aku sering mem-post cerita-cerita ttg kami berdua. MUKA TAK TAU MALU aku! :'( maafkan aku ya Allah. and, pengakhir bulan Jun, aku putuskan dia. kerana, aku sedar, cinta dia tak kekal abadi. hanya cinta kepada Allah yang kekal abadi.

dan sekarang, aku hanya ingin menjadi wanita solehah. aku akan berusaha menjalankan perintah Allah dengan hati yang ikhlas dan terbuka. dan kini, aku tampil berwajah baru, cerita baru dan life baru.

hal ini kenapa? ya Allah aku bersyukur kerana diberi hidayah pada ketika itu. di mana, kepergian arwah grandpa aku banyak menyedarkan aku segalanya. masa tu, aku melihat arwah grandpa aku nazak, sangat nazak. aku hanya mampu berdoa masa tu. dan, melihat beliau meninggal, buat aku tersedar, mati itu dekat dengan kita. sekiranya aku meninggal, tanpa aku bertaubat, apakah bekalan yang akan aku bawa ke sana? apa pahala-pahala aku nak tunjuk dekat sana? selama ni, aku ingkar perintah-Nya. aku tayang rambut aku sana sini, sedangkan aku tahu, sehelai rambut itu, satu DOSA. syukur masih sempat utk bertaubat dan masih belum menerima ajal masa ni. sebab, aku masih ingin terus bertaubat kpd Allah.

semoga, apa yang aku lakukan selama ni menjadi pengajaran buat kawan-kawan di luar sana. ingat, Allah itu melihat segala-galanya. dan bagi yang muslim, ingat, solat itu TIANG AGAMA. bagi yang tidak solat, tiadalah agama baginya. dan, cerita aku ini bukanlah nak menunjuk aku alim atau apa. ini hanyalah pengajaran bagi diri aku sendiri. ingat, jangan cepat bersangka buruk terhadap seseorang. dosa.

maafkan syafa jika mungkin terkasar bahasa, atau menyinggung mana-mana pihak. yang baik itu datang dari Allah, dan yang tidak baik itu datang dari diri sendiri. asalamualaikum.

Newer Post
♥ Disclaimer ♥

IMG-20121121-02207
Updates.
sedang bingung mencari kerja :’(

Assalamualaikum!
Buat baik di sini okay.
Camne nak kontek sy erk?
tekan je d bawah ini.

mukabuku | tweet saya | no hf



SILA TEKAN.terima kasih :)

SINGLE IS NOT FOREVER ALONE. ALLAH ALWAYS HERE IN MY HEART. :)



♥ Tagboard ♥



♥ Stalker♥




♥ thanks ♥