| Follow || Dashboard |
Photobucket
//Syafa Syafiera Suhaimie
BILA NIAT DISALAH ERTI
Wednesday, October 3, 2012 | 12:32 PM | 0 Tekan Untuk Komen ♥
asalamualaikum semua.
sihat? syukur alhamdulilah.
harap sihat-sihat selalu. walaupun sekarang aku tengah pening-pening.

\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\0.o//////////////////////
berkaitan dengan tajuk entri aku kali ni, adalah seperti yang kamu nampak. :') Bila niat disalah erti. maksudnya??

hmmp. mesti ramai annoying dengan aku. sebab sekarang aku lebih kepada agama ni. annoys? huhu maaflah kepada yang di luar sana jika tersalah erti dengan maksud aku. aku tak tahu mau mula macamana. but, kita mula dari mana-mana jak lah k. *merepek*

seperti yg anda tahu, aku sekarang dalam proses mendekatkan diri kepada Allah. mungkin ini hidayah dari Allah yang Allah turunkan untuk aku. aku sendiri tidak tahu kenapa sekarang aku lebih senang untuk bercakap pasal hal ini. aku tweet semua about agama, sekadar nak memperingatkan hamba lain. bukan nak menunjuk yang aku ni kononnya dah sempurna, bukan. dakwah tu kan wajib? sebagai umatNya, kita harus ingat memperingati. :")

mungkin ya, aku ada tersalah, aku ter-over, aku excited dan sebagainya. but percayalah, ia hanya sekadar untuk memperingati. aku hamba tidak sempurna, aku punya cerita yang nak kongsi dengan yang lain. bukan nak menunjuk.

memang, dugaan orang nak berubah ni macam-macam. mulut orang mau cakap, kita tak boleh nak tutup. nak kata itu, nak kata ini, nak tuduh itu, nak tuduh ini. mungkin mereka telah merasa mereka terlalu sempurna untuk masuk ke Syurga Allah. ingatlah, aku hanya sekadar hamba Allah yang ingin berubah. BUKAN AKU NAK BAGITAHU SATU DUNIA YANG AKU DAH BERUBAH. mindset tu kena betul lah. orang dah baik, sepatutnya cakaplah alhamdulilah. ni tidak, tuduh itu tuduh ini. dah rasa hebat?

takpaaa, lepas ni aku akan berdiam. supaya mulut longkang akan berhenti bercakap. terima kasih atas semuanya.

harap entri aku kali ini tiada yang disalah ertikan lagi. okbai wasalam. :")

Memang tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka.
NERAKA JAHANAM
Friday, September 28, 2012 | 9:42 PM | 0 Tekan Untuk Komen ♥
asalamualaikum wbt.. 
syafa malam ni nak kongsi satu cerita.
ni dapat dari sempoicornerdisini.bs
thx a lot kerana menyedarkan saya tentang hal ni.
kawan2 sekalian, insaflah dan bacalah. 
semoga ia dapat dijadikan teladan kepada kita semua khususnya golongan wanita. :)

Sayidina Ali R.A menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis dan kemudiannya puteri Baginda, Fatimah datang menyapanya.

Lalu kedua-duanya bertanya mengapa Rasulullah S.A.W menangis. Baginda menjawab,

“Pada malam aku diisra’kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang diseksa dengan berbagai seksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana menyaksikan mereka menerima seksaan yang berat dan mengerikan.


Fatimah kemudiannya bertanyakan apakah yang dilihat oleh ayahandanya.



“Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.


“Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam mulutnya.


“Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, kemudian dihulurkan ular dan kalajengking.


“Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.


“Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.


“Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.


“Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan puntung dari api neraka,” kata Rasulullah S.A.W.


Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa. Lalu, Rasullulah S.A.W menjawab;


“Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya.


“Perempuan yang digantung adalah isteri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya.


“Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, dia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.


“Perempuan yang memakan badannya sendiri kerana dia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.


“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana dia mempamerkan kecantikannya untuk dilihat oleh lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya.


“Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya dan dihulurkan ular dan kalajengking kepadanya kerana boleh bersolat tetapi enggan beribadah dan tidak mahu mandi wajib.


“Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang mengumpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.”


Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Semoga, kisah dan penceritaan dari Rasulullah S.A.W ini mampu dijadikan pengajaran dan iktibar buat kita semua. Wallahualam.
SYURGA atau NERAKA??
Thursday, September 27, 2012 | 11:12 PM | 0 Tekan Untuk Komen ♥
asalamualaikum pembaca. sihat? alhamdulilah.
malam ni terasa insaf lagi, dan hati aku ni semakin terbuka untuk dekat padaNya. manusia, orang takkan sangka kita boleh berubah secepat ini. bagi orang yang masih berfikiran ke bawah, dia mesti fikir, perubahan pada diri aku sekadar nak menunjuk-nunjuk. masha-Allah. dan bagi orang yang bijaksana, bila nampak perubahan aku, akan mengatakan "alhamdulilah".

dah, harini nak berkongsi serba sedikit mengenai tajuk entri aku kali ini. Syurga atau Neraka.
sebagai umat Islam, sudah tentu kita memilih syurga kan?
sebab, syurga itu kekal abadi. syurga indah. dunia cuma sementara. sementara. FANA. tapi, persoalannya, layakkah kita masuk dalam syurga Allah? hanya orang yang bertuah saja boleh masuk sana, tahu? jika diberi peluang, nak sangat mencium bau syurga. ya Allah. hanya Tuhan saja tahu. tapi, layakkah orang seperti aku ni? aku hanya mampu berserah kepada Allah. betapa lalainya aku selama ni.

kalau aku cermin diri aku, memang aku ni.. "lupa jalan". aku manusia yang tidak sempurna kan. pasti ada kesilapan di mana-mana kan. yalah, kita sering lalai. aku anggap perkara tu remeh. tapi, setelah aku fikir-fikir, bila lagi nak berubah? tunggu mati? sempat ka? nda sempat. mati itu ada di mana-mana. sedangkan orang yang sedang tidur pun boleh meninggal. apalagi kita yang masih bernafas di muka bumi ini. hmm. tak insaf insaf lagi ka. kita tak tahu bila nyawa kita kena cabut kan? manatau sekarang ni? bisok? lusa? minggu depan? ya Allah takutnya aku. sebab ibadat aku belum cukup, aku sedar. :')

Allah menjanjikan kita sesuatu, antaranya ada tercatit pada ayat yang ke-22 dalam surag Ar-Rad, iaitu:



"Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik."

so nak tunggu apa lagi? dirikan solat jom? bukan susah sebenarnya. lagi susah bila kita duduk sambil tengok Nada Cinta, tidakkah jiwa kacau tuh? sedangkan bila kita dirikan solat, masha ALLAH, pahala tu. boleh masuk syurga jika cukup syarat. nanti tiba-tiba bisok kita MATI, solat pun kita tidak sempat. *taubat taubat*

segala suruhan Allah tu sebenarnya bukan susah. cuma aku ja yang terhegeh-hegeh mengejar duniawi. tidak solat, tidak bertudung, tidak baca al-Quran dan sama erti dengannya. sedangkan aku sudah tahu hukum membuka aurat di depan bukan muhrim adalah haram. tapi kenapa aku tidak sedar sebelum ini? dan lagi satu, bila ada orang cakap, 'YANG BERTUDUNG TU TAK SEMESTINYA BAIK, DAN TIDAK BERTUDUNG TU TAK SEMESTINYA JAHAT' apakah jadah aku pigi sokong statement ini SEBELUM ini !! memang, masa aku tak bertudung, aku mengaku aku tak rasa diri aku jahat, sebab aku tak buat benda jahat. kan?? dan, ada orang tidak bertudung, tapi mendirikan solat. dan ada yang bertudung tapi tidak mendirikan solat. dan sekarang aku rasa cara pemikiran aku tu salah, sebenarnya yang tidak bertudung tu lah jahat. kenapa aku kata jahat? sebab sblm ni aku membelakangi Allah, Allah suruh tutup aurat aku tak tutup. tidakkah jahat namanya tu?? Allah suruh solat, aku tak solat, masih nak mengaku baik???? sedarlah wahai wanita di luar sana. harap dapat pengajaran dari cerita aku. aku hanya hamba Allah yang mampu berkongsi cerita utk dijadikan pengajaran kepada yang lain. dan kini aku sedar, kalau kita menampakkan rambut yakni aurat kita, betapa tersiksa nya bapa/ suami kita menanggung dosa kita. bagi bapa2 yang sudah meninggal dunia, tersiksanya dia di kubur kerana anaknya masih mendedahkan auratnya. masha Allah. aku dah tau pasal ni, tapi entah kenapa bila orang tanya aku, bila nak bertudung, aku akan jawap "hati belum terbuka". betapa silapnya aku selama ni.

aku ada terbaca dari someone punya blog, yang boleh memberi sedikit kesedaran pasal hal ni. maaf yah tuan punya artikel, saya nak kongsi sikit ilmu anda kat sini :)


1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.
2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”
3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.
4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?
5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. 
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?
8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.
12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

dan aku sangat suka pada ayat nombor 3, kerana ia memang bersangkut paut dengan aku. aku mention sekali lagi:

Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
"Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang."

yalah, aku pun bukan baik sangat. cuma hanya nak cari keredhaan Allah, selagi masih mampu berkongsi, aku kongsi. semua manusia pasti melakukan kesilapan, bukan?? kita hidup kena ingat-mengingati walaupun diri kita tak berapa bagus, atleast kita dah berusaha untuk berubah. dan aku sangat berminat mendalami ilmu Islam sedalam-dalamnya lagi. yalah, ilmu pengetahuan aku belum mencukupi, ada hati nak kongsi dgn orang. maafkan hamba, hamba sekadar menceritakan diri hamba ini.

TAPI, kalau dah pakai tudung, kenapa tak solat? hah. banyak orang macam tu. mungkin dia sekadar nak menutup rambutnya kan? takkkkk sebenarnya. itu hak masing-masing :) dia mungkin ada alasan dia untuk berhijab, tapi yang pasti, harus kerana Allah. dan, insaflah. dirikan solat, kerana solat tiang agama. tak  solat, takda agama. tak begitu??
bukan pakai hijab ja, tapi tutup aurat. dengan sempurna. kita buat sama- sama k? kita kan x perfect, kita cuba tutup aurat dengan baik k??

dan sekarang aku terkeluar dari tajuk utama. hahahaha. ya Allah, apa aku merepek ni. k lahh, nanti nak kongsi ttg syurga dan neraka sebetulnyaa, sebab aku kena banyakkan bacaan dlu. baru boleh kongsi. nway, jgn ada rasa annoying dgn pkongsian aku kali ni k?? kita sama sama islam kan, yang kurang kita baiki, yang terlebih kita pertimbangkan. insha Allah pintu hati kita sentiasa terbuka untuk bertaubat kepadaNya. aku nak jadi kekasih Allah. boleh? insha ALLAH. alhamdulilah.
kata kata terakhir dari aku malam ni, jangan lah kita berbusuk hati bila melihat cerita macam aku ni. aku bukan nak tunjuk aku baik, tapi aku nak tunjuk, orang macam aku pun boleh berubah dan dalam usaha memperbaiki diri ini, tak macam orang lain fikir. macam lagu blog aku ni. hihik.
mudah-mudahan ajal kita masih jauh kan? supaya kita masih boleh dan terus beribadat dan meminta keampunannya agar dijauhkan dari ajal, hari kiamat, siksaan kubur dan neraka. sama sama kita memperbaiki diri okay? asalamualaikum. :)


aku ada MU..
Wednesday, September 26, 2012 | 3:03 PM | 0 Tekan Untuk Komen ♥

AKU ADAMU YA ALLAH :)


Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

asalamualaikum WBT
| 11:12 AM | 2 Tekan Untuk Komen ♥
ya Allah, sudah berbulan aku delete belog ni. terasa macam sepi ja tiada khabar berita.
kini, aku kembali. kembalinya aku ke sini atas satu sebab, untuk mencari keredhaan Allah dalam menyebarkan ilmu agama. dan, aku baru tukar url aku. dan aku harap aku nak mulakan hidup aku dengan url sekarang. aku tak kisah kalau kehilangan followers. sebab, itu tidak penting bagi aku. dunia ini hanya sementara kan?? followers tak menentukan kita boleh mencium bau syurga bila kita di dalam kubur nanti. Masha-Allah.

dan, cerita aku akan aku mulakan lepas entri yang pertama ni. anyway, aku dah delete post-post sebelum ini, kerana ia banyak bersangkut-paut dengan kisah lama aku yang aku tidak ingin ulang mahupun ingat kembali. sudah cukup untuk aku hadapi selama ini. ya Allah, berdosa nya aku selama ini kerana tidak pernah mengingatimu kerana sibuk mengejar cinta yang tidak abadi.

aku mengaku, dulu aku sangat sibuk mengejar CINTA. whats? cinta? yaii. itu bukan cinta, itu SIKSA. yalah, boyfriend pertama aku, masa aku form 3 tahun 2007. hanya beberapa bulan, dah putus. tapi?? aku hanya mengingat Allah semasa susahku. tepat 29 Nov 2007 yang merupakan tarikh lahir aku, seorang hamba Allah ini dihadirkan dalam hidupku. dan mula mencorakkan hidup remaja ku. boyfriend kan. kami mulakan hari kami sebagai couple sehingga lah awal tahun 2012. lama kan? ya Allah itu bukan jodohku maybe. sebab itu kami terpaksa berpisah. dan, awal bulan Mac, hamba Allah yang seorang lagi mengisi hatiku. ketika itu aku terlalu lalai sehingga tanggungjawab aku kepada perintah Allah, dilupakan. hamba bertaubat ya Allah. aku sering mem-post cerita-cerita ttg kami berdua. MUKA TAK TAU MALU aku! :'( maafkan aku ya Allah. and, pengakhir bulan Jun, aku putuskan dia. kerana, aku sedar, cinta dia tak kekal abadi. hanya cinta kepada Allah yang kekal abadi.

dan sekarang, aku hanya ingin menjadi wanita solehah. aku akan berusaha menjalankan perintah Allah dengan hati yang ikhlas dan terbuka. dan kini, aku tampil berwajah baru, cerita baru dan life baru.

hal ini kenapa? ya Allah aku bersyukur kerana diberi hidayah pada ketika itu. di mana, kepergian arwah grandpa aku banyak menyedarkan aku segalanya. masa tu, aku melihat arwah grandpa aku nazak, sangat nazak. aku hanya mampu berdoa masa tu. dan, melihat beliau meninggal, buat aku tersedar, mati itu dekat dengan kita. sekiranya aku meninggal, tanpa aku bertaubat, apakah bekalan yang akan aku bawa ke sana? apa pahala-pahala aku nak tunjuk dekat sana? selama ni, aku ingkar perintah-Nya. aku tayang rambut aku sana sini, sedangkan aku tahu, sehelai rambut itu, satu DOSA. syukur masih sempat utk bertaubat dan masih belum menerima ajal masa ni. sebab, aku masih ingin terus bertaubat kpd Allah.

semoga, apa yang aku lakukan selama ni menjadi pengajaran buat kawan-kawan di luar sana. ingat, Allah itu melihat segala-galanya. dan bagi yang muslim, ingat, solat itu TIANG AGAMA. bagi yang tidak solat, tiadalah agama baginya. dan, cerita aku ini bukanlah nak menunjuk aku alim atau apa. ini hanyalah pengajaran bagi diri aku sendiri. ingat, jangan cepat bersangka buruk terhadap seseorang. dosa.

maafkan syafa jika mungkin terkasar bahasa, atau menyinggung mana-mana pihak. yang baik itu datang dari Allah, dan yang tidak baik itu datang dari diri sendiri. asalamualaikum.

♥ Disclaimer ♥

IMG-20121121-02207
Updates.
sedang bingung mencari kerja :’(

Assalamualaikum!
Buat baik di sini okay.
Camne nak kontek sy erk?
tekan je d bawah ini.

mukabuku | tweet saya | no hf



SILA TEKAN.terima kasih :)

SINGLE IS NOT FOREVER ALONE. ALLAH ALWAYS HERE IN MY HEART. :)



♥ Tagboard ♥



♥ Stalker♥




♥ thanks ♥